Tiada solat yang didirikan oleh seorang wanita yang paling disukai oleh Allah melainkan solatnya di rumah

TEKS BAHASA ARAB

ما صلت امرأة صلاة أحب إلى الله من صلاتها في أشد بيتها ظلمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada solat yang didirikan oleh seorang wanita yang paling disukai oleh Allah melainkan solatnya di rumah dalam keadaan yang sangat gelap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis nombor 1551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما صلت امرأة صلاة أحب إلى الله من صلاتها في أشد بيتها ظلمة)).
[ابن خزيمة، هق، فر، ((الضعيفة)) (4453)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tiada solat yang didirikan oleh seorang wanita yang paling disukai oleh Allah melainkan solatnya di rumah dalam keadaan yang sangat gelap.
[Riwayat Ibn Khuzaymah, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4453]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs