Tiada Asal Baginya Secara Marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Tiada solat Jumaat dan tiada solat tasyrik

Teks Bahasa Arab

لا جمعةَ ولا تشريقَ إلا في مصرٍ جامعٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tiada solat Jumaat dan tiada solat tasyrik (solat raya) melainkan di kota yang besar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada Asal Baginya Secara Marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis no. 1892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا، فيما علمت) «لا جمعة ولا تشريق إلا في مصر جامع». [«الضعيفة» (917)].

(Tiada Asal Baginya Secara Marfu', Setakat Pengetahuanku) "Tiada solat Jumaat dan tiada solat tasyrik (solat raya) melainkan di kota yang besar". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 917].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.