Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا صلاةَ لمن لا يَتَخَشَّعْ في صلاتِه.
Teks Bahasa Melayu
Tiada solat bagi yang tidak khusyuk dalam solatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis no. 3330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن محمد بن سعيد بن المسيب مرفوعا، قال: قالﷺ: «لا صلاة لمن لا يتخشع في صلاته». [فر«العميلة» (6942)].
(Palsu) Daripada Muhammad bin Said bin al-Musayyib secara marfu’ berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada solat bagi yang tidak khusyuk dalam solatnya." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6942]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman