Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah di belakang imam

TEKS BAHASA ARAB

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب خلف الإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah di belakang imam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 330, hadis nombor 1735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (خلف)) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب خلف الإمام)). [البيهقي في ((القراءة خلف الإمام))، ((الضعيفة)) (5514)].

(Munkar dengan tambahan “di belakang”) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah di belakang imam.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Qira’ah Khalf al-Imam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs