Tiada solat bagi sesiapa yang tiada wudhu’

TEKS BAHASA ARAB

لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه، ولا صلاة لمن لا يصلي على النبي، ولا صلاة لمن لم يحب الأنصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada solat bagi sesiapa yang tiada wuduk. Dan tiada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika memulakan wuduk). Dan tiada solat bagi mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi. Dan tiada solat bagi mereka yang tidak mencintai Ansar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301, hadis nombor 1594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد السعدي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه، ولا صلاة لمن لا يصلي على النبي، ولا صلاة لمن لم يحب الأنصار)).
[ه، ((الضعيفة)) (4806)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa‘idi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada solat bagi sesiapa yang tiada wuduk. Dan tiada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika memulakan wuduk). Dan tiada solat bagi mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi. Dan tiada solat bagi mereka yang tidak mencintai Ansar.
[Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4806]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs