Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا صلاةَ لمن لاَّ وضوءَ لهُ، ولا وضوءَ لمن لمْ يذكرِ اسمَ اللهِ عليهِ، ولا صلاةَ لمن لاَّ يصلي على النبيِّ، ولا صلاةَ لمن لمْ يحبَّ الأنصارَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada solat bagi sesiapa yang tiada wuduk. Dan tiada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika memulakan wuduk). Dan tiada solat bagi mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi. Dan tiada solat bagi mereka yang tidak mencintai Ansar.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’ad al-Sa‘idi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301, hadis no. 1594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد السعدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه، ولا صلاة لمن لا يصلي على النبي، ولا صلاة لمن لم يحب الأنصار)). [ه، ((الضعيفة)) (4806)]
(Daif) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa‘idi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada solat bagi sesiapa yang tiada wuduk. Dan tiada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika memulakan wuduk). Dan tiada solat bagi mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi. Dan tiada solat bagi mereka yang tidak mencintai Ansar. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman