TEKS BAHASA ARAB
لا صلاة لمن لا يطيع الصلاة، وطاعة الصلاة؛ أن تنهى عن الفحشاء والمنكر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada solat bagi orang yang tidak mematuhi solat. Kepatuhan kepada solat itu ialah kamu menegah perkara keji dan munkar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 380, hadis nombor 2015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «لا صلاة لمن لا يطيع الصلاة، وطاعة الصلاة؛ أن تنهى عن الفحشاء والمنكر». [فر، «الضعيفة» (6943)].
(Palsu) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Tiada solat bagi orang yang tidak mematuhi solat. Kepatuhan kepada solat itu ialah kamu menegah perkara keji dan munkar". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6943].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.