Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiada siapa diantara hamba Allah yang solat sunat pada malam hari raya enam rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: ما من عبد يصلي ليلة العيد ست ركعات إلا شفع في أهل بيته كلهم قد وجبت لهم النار.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tiada siapa diantara hamba Allah yang solat sunat pada malam hari raya enam rakaat, melainkan diberikan syafaat (syurga) kepada semua ahli keluarganya yang telah ditulis sebagai ahli neraka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 53, hadis no. 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه كذاب.

al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: pada sanad hadith ini terdapat perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.