TEKS BAHASA ARAB
ما من شيء أطيب من ريح المؤمن، إن ريحه ليوجد بالآفاق؛ وريحه عمله، وحسن الثناء عليه، وما من شيء أنتن من ريح الكافر، وإن ريحه ليوجد بالآفاق؛ وريحه عمله، وسوء الثناء عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada sesuatu yang lebih harum wanginya berbanding bau orang yang beriman. Bau orang yang beriman memenuhi ruang. Bau mereka adalah (kesan) amalan mereka, eloknya pujian kepada mereka. Tiada sesuatu yang lebih busuk berbanding bau orang kafir. Bau mereka memenuhi ruang. Bau mereka adalah amalan mereka dan juga buruknya cacian terhadap mereka.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1936, hadis nombor 9710. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما من شئ أطيب من ريح المؤمن، إن ريحه ليوجد بالآفاق؛ وريحه عمله، وحسن الثناء عليه، وما من شئ أنتن من ريح الكافر، وإن ريحه ليوجد بالآفاق؛ وريحه عمله، وسوء الثناء عليه.
[عق، ((الضعيفة)) (6164)]
(Dusta)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih harum wanginya berbanding bau orang yang beriman. Bau orang yang beriman memenuhi ruang. Bau mereka adalah (kesan) amalan mereka, eloknya pujian kepada mereka. Tiada sesuatu yang lebih busuk berbanding bau orang kafir. Bau mereka memenuhi ruang. Bau mereka adalah amalan mereka dan juga buruknya cacian terhadap mereka.
[Riwayat Al-Uqayli. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6164]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.