TEKS BAHASA ARAB
((ما من شيء أكرم على الله من ابن آدم)). قيل: ولا الملائكة؟ قال: ((الملائكة مجبورون بمنزلة الشمس والقمر)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah berbanding anak Adam. Ditanya kepada baginda: "Walaupun para malaikat?" Baginda menjawab: "Para malaikat itu dipaksa seperti (darjat) matahari dan bulan."
STATUS
Munkar marfu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874, hadis nombor 9443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر مرفوعا) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: ((ما من شيء أكرم على الله من ابن آدم)) قيل: ولا الملائكة؟ قال: ((الملائكة مجبورون بمنزلة الشمس والقمر)). [هب، ((الضعيفة)) (4981)]
(Munkar marfu’) Daripada Abdullah bin Amru RA: “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah berbanding anak Adam. Ditanya kepada baginda: "Walaupun para malaikat?" Baginda menjawab: "Para malaikat itu dipaksa seperti (darjat) matahari dan bulan." [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4981]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.