Munkar Secara Marfu’
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من شيءٍ أكرَمُ على اللهِ من ابنِ آدمَ. قيل: ولا الملائكةُ؟! قال: الملائكةُ مَجبورونَ بمنزلةِ الشَّمسِ والقمَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah berbanding anak Adam. Ditanya kepada baginda: "Walaupun para malaikat?" Baginda menjawab: "Para malaikat itu dipaksa seperti (darjat) matahari dan bulan."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Secara Marfu’
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1874, hadis no. 9443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر مرفوعا) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما: ((ما من شيء أكرم على الله من ابن آدم)) قيل: ولا الملائكة؟ قال: ((الملائكة مجبورون بمنزلة الشمس والقمر)). [هب، ((الضعيفة)) (4981)]
(Munkar Secara Marfu’) Daripada Abdullah bin Amru RA: “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah berbanding anak Adam. Ditanya kepada baginda: "Walaupun para malaikat?" Baginda menjawab: "Para malaikat itu dipaksa seperti (darjat) matahari dan bulan." [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4981]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman