TEKS BAHASA ARAB
كان لا يجلس إليه أحد وهو يصلي إلا خفف صلاته وأقبل عليه فقال لك حاجة فلما فرغ من حاجته عاد إلى صلاته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada seorang pun yang duduk menemui Nabi dalam keadaan Baginda sedang menunaikan solat melainkan Baginda akan meringkaskan solat Baginda dan pergi bertemu orang tersebut. Lalu Nabi SAW bersabda: Sebutkan hajat engkau. Apabila orang tersebut selesai hajatnya, Nabi SAW kembali menunaikan solatnya.
STATUS
Tidak dijumpai asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يوجد.
Hadith ini tidak dijumpai asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.