Tiada seorang pun orang yang memiliki kekayaan

TEKS BAHASA ARAB

ما من ذي غنى إلا يسره يوم القيامة أن ما أوتي من الدنيا يكون قوتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang pun orang yang memiliki kekayaan melainkan pada hari Kiamat dia suka sekiranya apa yang diberikan kepadanya di dunia hanya berupa makanan asas sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 230-231, hadis nombor 178. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن ماجه (4140) وأحمد (3/ 117، 167) وعبد بن حميد في المسند وأبو يعلى في مسنده (ج 6/ رقم 3713) وأبو نعيم في الحلية (10/ 69- 70) وابن الجوزي في الموضوعات من طريق ابن حبان، وهذا في الضعفاء (3/ 56) عن إسماعيل بن أبي خالد عن أبي داود نفيع بن الحارث عن أنس مرفوعاً.
قلت: وهذا سند تالف. نفيع بن الحارث كذبه ابن معين واتهمه بوضع الحديث. وكذا كذبه الساجي. وتركه الدولابي والدارقطني. قال ابن عبد البر: أجمعوا على ضعفه وكذبه بعضهم وأجمعوا على ترك الرواية عنه.
قال المدارسي رحمه الله في ذيل القول المسدد (ص 61) بعد ذكر الحديث: أبو داود رماه بعضهم بالوضع، وبعضهم بأنه متروك وبعضهم بأنه ليس بشيء وبعضهم بأنه ضعيف. وذكره ابن حبان في الثقات وقال في كتاب الضعفاء : يروي عن الثقات الموضوعات فلا يحكم على حديثه بالوضع نظراً لذلك. أهـ‍.
قلت: وهذا جواب في غاية الضعف؛ لأنه مبني على لا شيء فقد ظن الشيخ رحمه الله أن ذكر ابن حبان له في الثقات ينفعه وما هو بنافعه أبداً لأن ابن حبان ترجم في الثقات لـ نفيع بن الحارث وترجم في المجروحين لأبي داود النخعي نفيع بن الحارث فكأنه جعله اثنين. قال الحافظ: هو أن منه بلا ريب، وهو هو.
فظهر أن ذكر ابن حبان له في الثقات وهم منه، فلا يجوز أن يتعلق به أحد. وإذا كذب بعض الأئمة روايا، وتركه آخرون، وضعفه بعضهم فيؤخذ بالجرح المفسر ولا شك أن الاتهام بالكذب يعد من الجرح المفسر الذي الاعتداد به. قال السيوطي في اللآلئ (2/ 313) : وله شاهد عن ابن مسعود.
أخرجه الخطيب في تاريخه من طريق ابن نافع، حدثنا عمر بن إبراهيم الحافظ حدثنا أحمد بن إبراهيم القطيعي حدثنا عباد بن العوام حدثنا سفيان بن حسين عن يسار عن أبي وائل عن عبد الله مرفوعاً: ما من أحد إلا وهو يتمنى يوم القيامة أنه كان يأكل في الدنيا قوتاً.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Majah (4140), Ahmad (3/117, 167), ‘Abd bin Humaid dalam al-Musnad, Abu Ya’la dalam Musnad beliau (juz 6/hadith : 3713), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (10/69-70) dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at melalui sanad Ibn Hibban, hadith ini juga terdapat dalam al-Dhu’afa’ (3/56) daripada Isma’il bin Abi Khalid daripada Abu Daud Nufai’ bin al-Harith daripada Anas secara marfu’.
Saya berkata: Sanad ini talif (rosak). Nufai’ bin al-Harith telah dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma’in dan beliau turut mendakwa Nufai’ memalsukan hadith. Al-Saji juga menilai beliau sebagai pendusta. Manakala, al-Dawlabi dan al-Daraqutni pula telah meninggalkan riwayat beliau. Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Ulama sepakat menilai beliau sebagai dha’if, manakala sebahagian mereka pula telah menilai beliau sebagai pendusta. Mereka juga sepakat meninggalkan riwayat beliau".
Al-Madarisi berkata dalam Zail al-Qaul al-Musaddad (hlm 61) setelah menyebutkan hadith tersebut: "Sebahagian mereka telah melemparkan dakwaan bahawa Abu Daud telah memalsukan hadith, sebahagian mereka telah meninggalkan riwayatnya, sebahagian lain pula berpandangan bahawa beliau seorang yang tidak ada nilai dan yang lain berpandangan bahawa beliau seorang yang dha’if. Ibn Hibban telah menyebutkan nama beliau dalam al-Thiqat dan dalam kitab al-Dhu’afa’ pula beliau berkata: Beliau telah meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi thiqah. Oleh itu tidak boleh menilai hadith beliau sebagai palsu bersandarkan kepada kenyataan tersebut".
Saya berkata: Ini adalah jawapan yang tersangat lemah, kerana jawapan tersebut dibina atas sesuatu yang tidak ada nilai. Al-Syeikh menyangka bahawa semata-mata Ibn Hibban menyebutkan beliau dalam al-Thiqat, maka dapat memberikan manfaat. Ianya tidak akan dapat memberikan apa-apa faedah selama-lamanya kerana Ibn Hibban memasukkan biografi Nufai’ bin al-Harith dalam al-Thiqat, beliau juga memasukkan biografi Abu Daud al-Nakha’ei Nufai’ bin al-Harith dalam al-Majruhin, seakan-akan Ibn Hibban menganggap ianya dua perawi berlainan. Al-Hafiz berkata: "Kekeliruan berpunca daripada Ibn Hibban tanpa ragu-ragu lagi, mereka berdua orang yang sama". Jelaslah bahawa Ibn Hibban menyebutkan beliau dalam al-Thiqat adalah suatu kekeliruan berpunca daripadanya. Oleh itu, sesiapa pun tidak boleh berpegang kepadanya.
Apabila sebahagian Imam telah menilai seseorang perawi sebagai pendusta, sebahagian lain pula meninggalkan riwayatnya dan lain-lain pula menilainya sebagai dha’if, maka yang dipakai adalah kritikan yang dikemukakan sebab. Tidak syak lagi bahawa dakwaan bahawa beliau melakukan pendustaan boleh ambilkira sebagai kritikan yang dikemukakan sebabnya. Al-Suyuti berkata dalam al-La’ali (2/313): "Hadith ini ada sokongan daripada Ibn Mas’ud". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Khatib dalam Tarikh beliau melalui sanad Ibn Nafi’, katanya ‘Umar bin Ibrahim al-Hafiz telah menceritakan kepada kami, katanya Ahmad bin Ibrahim al-Qati’ei telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abbad bin al-‘Awwam telah menceritakan kepada kami, katanya Sufyan bin Husain telah menceritakan kepada kami daripada Yassar daripada Abu Wail daripada Abd Allah secara marfu’: "Tidak ada seorang pun melainkan pada hari Kiamat dia berharap bahawa di dunia ini dia hanya makan makanan asas sahaja".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs