Tiada seorang pun daripada sahabatku mati di suatu tempat, melainkan dia akan dibangkitkan seorang pemandu dan satu cahaya untuk mereka pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد من أصحابي يموت بأرض ؛ إلا بعث قائدا ونورا لهم يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang pun daripada sahabatku mati di suatu tempat, melainkan dia akan dibangkitkan seorang pemandu dan satu cahaya untuk mereka pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis nombor 9363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما منْ أحدٍ منْ أصْحَابي يموتُ بأرضٍ ؛ إلا بُعثَ قائدًا ونورًا لهمْ يومَ القيامةِ)).
[ت، ابن عساكر، الرافعي، البغوي في ((التفسير))، ((الضعيفة))، (4468)].

(Lemah) Daripada Buraidah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang pun daripada sahabatku mati di suatu tempat, melainkan dia akan dibangkitkan seorang pemandu dan satu cahaya untuk mereka pada hari kiamat.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn ‘Asakir, al-Rafi‘i dan al-Baghawi dalam kitab Tafsir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4468].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs