Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ أحدٍ منْ أصْحَابي يموتُ بأرضٍ ؛ إلا بُعثَ قائدًا ونورًا لهمْ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang pun daripada sahabatku mati di suatu tempat, melainkan dia akan dibangkitkan seorang pemandu dan satu cahaya untuk mereka pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis no. 9363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما منْ أحدٍ منْ أصْحَابي يموتُ بأرضٍ ؛ إلا بُعثَ قائدًا ونورًا لهمْ يومَ القيامةِ)). [ت، ابن عساكر، الرافعي، البغوي في ((التفسير))، ((الضعيفة))، (4468)].
(Lemah) Daripada Buraidah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang pun daripada sahabatku mati di suatu tempat, melainkan dia akan dibangkitkan seorang pemandu dan satu cahaya untuk mereka pada hari kiamat. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn ‘Asakir, al-Rafi‘i dan al-Baghawi dalam kitab Tafsir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4468].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman