Tiada seorang nabi yang wafat melainkan dia akan berdiri pada kuburnya selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما من نبي يموت فيقيم في قبره إلا أربعين صباحا، حتى ترد إليه روحه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiada seorang nabi yang wafat melainkan dia akan berdiri pada kuburnya selama 40 hari sehingga dikembalikan kepadanya rohnya.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 325-326, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا. وقال: باطل وذكره ابن الجوزي في الموضوعات. وقال في اللآلىء: هذا الحديث أخرجه الطبراني وأبو نعيم في الحلية وله شواهد ترتقي إلى درجة الحسن.
ورواه البيهقي أيضا في كتاب حياة الأنبياء، وأخرجه عبد الرزاق في مصنفه عن سعيد بن المسيب من قوله. وقال ابن حجر: قد أفرد البيهقي جزءا في حياة الأنبياء وأورد فيه عدة أحاديث تؤيد هذا فيراجع منه.

Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil dan ia disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at.
Dia berkata dalam al-Laali’: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tabarani, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan ada riwayat sokongan yang menjadikannya naik ke taraf hasan.
Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dalam kitab Hayat al-Anbiya’. Diriwayatkan juga oleh Abd al-Razzaq dalam Musannafnya daripada Said bin al-Musayyib daripada kata-katanya.
Ibn Hajar berkata: Al-Baihaqi telah memperuntukkan satu bahagian dalam kitab Hayat al-Anbiya’ dan meletakkan beberapa hadith yang menyokong riwayat ini. Maka rujuklah daripadanya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs