Tiada seorang Nabi pun yang wafat melainkan seorang lelaki daripada umatnya akan mengimamkannya

TEKS BAHASA ARAB

ما قبض نبي قط حتى يؤمه رجل من أمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang Nabi pun yang wafat, melainkan seorang lelaki daripada umatnya akan mengimamkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1050, hadis nombor 5367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر رضي الله عنه مرفوعا: ما قبض نبي قط حتى يؤمه رجل من أمته. [حم، البزار، الضعيفة (2654)]

[Lemah] Daripada Abu Bakar RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang wafat, melainkan seorang lelaki daripada umatnya akan mengimamkannya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2654]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs