Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah

TEKS BAHASA ARAB

ما راح مسلم في سبيل الله مجاهدا أو حاجا مهلاّ أو ملبّيا إلا غربت الشمس بذنوبه وخرج منها

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah melainkan dosa-dosanya akan terhapus bersama matahari yang terbenam dan dia akan bersih dari dosa-dosa tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis nombor 5213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه مرفوعا: ما راح مسلم في سبيل الله مجاهدا أو حاجا مهلاّ أوملبّيا إلا غربت الشمس بذنوبه وخرج منها». [طس, الضعيفة (5090)]

(Munkar) Diriwayatkan Sahl bin Sa’d al-Sa’idiy RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah melainkan dosa-dosanya akan terhapus bersama matahari yang terbenam dan dia akan bersih dari dosa-dosa tersebut. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Dha’ifah no. 5090].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs