Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah

Teks Bahasa Arab

ما راح مسلمٌ في سبيل اللهِ مجاهدًا أو حاجًّا مُهِلًّا أو مُلبِّيًا إلا غربت الشمسُ بذنوبه، وخرج منها

Teks Bahasa Melayu

Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah melainkan dosa-dosanya akan terhapus bersama matahari yang terbenam dan dia akan bersih dari dosa-dosa tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Saad al-Sa'idiy RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis no. 5213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه مرفوعا: ما راح مسلم في سبيل الله مجاهدا أو حاجا مهلاّ أوملبّيا إلا غربت الشمس بذنوبه وخرج منها». [طس, الضعيفة (5090)]

(Munkar) Diriwayatkan Sahl bin Sa’d al-Sa’idiy RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Tiada seorang Muslim yang keluar berjihad di jalan Allah atau menunaikan haji sambil mengucapkan talbiah melainkan dosa-dosanya akan terhapus bersama matahari yang terbenam dan dia akan bersih dari dosa-dosa tersebut. [Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Dha’ifah no. 5090].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.