Tiada seorang muslim pun yang memberi salam ke atasku di timur dan juga di barat

TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم يسلم علي في شرق ولا غرب؛ إلا أنا وملائكة ربي نرد عليه السلام، فقال له قائل: يا رسول الله! فما بال أهل المدينة؟ فقال له: وما يقال لكريم في جيرته وجيرانه مما أمر الله به من حفظ الجوار وحفظ الجيران؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang muslim pun yang memberi salam ke atasku di timur dan juga di barat melainkan aku dan malaikat Tuhanku akan menjawab salamnya. Lalu seseorang berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Bagaimana halnya dengan penduduk Madinah? Baginda berkata kepadanya: Apakah yang perlu dikatakan kepada orang yang pemurah terhadap tetangganya dan jirannya sebagaimana yang Allah perintahkannya supaya memelihara tetangga serta memelihara jiran?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis nombor 8968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من مسلم يسلم علي في شرق ولا غرب؛ إلا أنا وملائكة ربي نرد عليه السلام))، فقال له قائل: يا رسول الله! فما بال أهل المدينة؟ فقال له: ((وما يقال لكريم في جيرته وجيرانه مما أمر الله به من حفظ الجوار وحفظ الجيران؟)). [حل، ((الضعيفة)) (205)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang muslim pun yang memberi salam ke atasku di timur dan juga di barat melainkan aku dan malaikat Tuhanku akan menjawab salamnya. Lalu seseorang berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Bagaimana halnya dengan penduduk Madinah? Baginda berkata kepadanya: Apakah yang perlu dikatakan kepada orang yang pemurah terhadap tetangganya dan jirannya sebagaimana yang Allah perintahkannya supaya memelihara tetangga serta memelihara jiran?
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs