Tiada seorang lelaki yang wajahnya berdebu di jalan Allah, melainkan Allah akan menyelamatkannya daripada asap neraka pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يغبار وجهه في سبيل الله إلا آمنه الله من دخان النار يوم القيامة وما من رجل تغبار قدماه في سبيل الله إلا آمن الله قدميه من النار يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang lelaki yang wajahnya berdebu di jalan Allah, melainkan Allah akan menyelamatkannya daripada asap neraka pada hari kiamat. Begitu juga,tiadaa seorang lelaki pun yang dua kakinya berdebu di jalan Allah melainkan Allah akan menyelamatkan dua kakinya daripada neraka pada hari kiamat.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002, hadis nombor 5164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: ما من رجل يغبار وجهه في سبيل الله إلا آمنه الله من دخان النار يوم القيامة وما من رجل تغبار قدماه في سبيل الله إلا آمن الله قدميه من النار يوم القيامة. [عد، الضعيفة (4484)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang lelaki yang wajahnya berdebu di jalan Allah, melainkan Allah akan menyelamatkannya daripada asap neraka pada hari kiamat. Begitu juga,tiada seorang lelaki pun yang dua kakinya berdebu di jalan Allah melainkan Allah akan menyelamatkan dua kakinya daripada neraka pada hari kiamat. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4484].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.