Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من رجل يغبار وجهه في سبيل الله إلا آمنه الله من دخان النار يوم القيامة وما من رجل تغبار قدماه في سبيل الله إلا آمن الله قدميه من النار يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang lelaki yang wajahnya berdebu di jalan Allah, melainkan Allah akan menyelamatkannya daripada asap neraka pada hari kiamat. Begitu juga,tiadaa seorang lelaki pun yang dua kakinya berdebu di jalan Allah melainkan Allah akan menyelamatkan dua kakinya daripada neraka pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002, hadis no. 5164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: ما من رجل يغبار وجهه في سبيل الله إلا آمنه الله من دخان النار يوم القيامة وما من رجل تغبار قدماه في سبيل الله إلا آمن الله قدميه من النار يوم القيامة. [عد، الضعيفة (4484)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang lelaki yang wajahnya berdebu di jalan Allah, melainkan Allah akan menyelamatkannya daripada asap neraka pada hari kiamat. Begitu juga,tiadaa seorang lelaki pun yang dua kakinya berdebu di jalan Allah melainkan Allah akan menyelamatkan dua kakinya daripada neraka pada hari kiamat. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa'. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4484].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman