Tiada seorang lelaki yang mengatakan seorang yang lain kafir melainkan perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari keduanya

TEKS BAHASA ARAB

ما شهد رجل على رجل بالكفر إلا باء به أحدهما إن كان كافرا فهو كما قال وإن لم يكن كافرا فقد كفر بتكفيره إياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang lelaki yang mengatakan seorang yang lain kafir melainkan perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Jika dia seorang yang kafir, maka dia adalah seperti mana yang disebutkan olehnya. Jika bukan maka dia telah menjadi kafir dengan sebab mengatakan orang lain kafir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«ما شهد رجل على رجل بالكفر إلا باء به أحدهما إن كان كافرا فهو كما قال وإن لم يكن كافرا فقد كفر بتكفيره إياه» ضعيف. قال الغزالي: هذا إن كفره وهو يعلم أنه مسلم فإن ظن أنه كافر ببدعة أو غيرها كان مخطئا لا كافرا. قال الحقير: وكفى بالخطأ إثما مبينا فإن الخطأ في رمي الزنا يوجب ثمانين ورد الشهادة أبدا وإن تاب، فكيف في التكفير قذف [لعله: فكيف وفي التكفير قذف] ، والكفر أكبر الكبائر؟ سبحانك هذا بهتان عظيم!

Maksudnya: “Tiada seorang lelaki yang mengatakan seorang yang lain kafir melainkan perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Jika dia seorang yang kafir, maka dia adalah seperti mana yang disebutkan olehnya. Jika bukan maka dia telah menjadi kafir dengan sebab mengatakan orang lain kafir.”
Hadith ini adalah hadith yang lemah. Al-Ghazali berkata : Ini terjadi apabila dia mengkafirkan orang yang dia tahu bahawa orang tersebut adalah seorang muslim. Namun jika dia menyangka bahawa orang tersebut kafir, pelaku bid’ah atau selainnya maka dia hanya dianggap sebagai tersalah bukannya kafir. Al-Haqir menyebut : Cukuplah kesalahan yang dilakukan itu menjadi dosa yang nyata. Tersalah tuduh orang berzina maka layak mendapat hukuman 70 kali sebatan dan ditolak penyaksiannya selama-lamanya jika dia bertaubat. Bagaimana pula jika dia menuduh orang lain dengan kekafiran sedangkan kekafiran itu adalah dosa yang paling besar. Maha Suci Engkau Wahai Tuhan, inilah pendustaan yang paling besar.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs