Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل تعلم كلمتين أو ‌ثلاثا ‌أو ‌أربعا أو خمسا مما فرض الله -عز وجل- فيتعلمهن ويعلمهن إلا دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah, lalu dia belajar dan mengajarkannya melainkan dia akan memasuki syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis nombor 3574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ما من رجل تعلم كلمتين أو ‌ثلاثا ‌أو ‌أربعا أو خمسا مما فرض الله -عز وجل- فيتعلمهن ويعلمهن إلا دخل الجنة)). [حل، ((الضعيفة)) (٦٨٠٤)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah, lalu dia belajar dan mengajarkannya melainkan dia akan memasuki syurga. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6804]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs