Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah

Teks Bahasa Arab

ما من رجلٍ تعلَّمَ كلمتينِ أو ثلاثًا أو أربعًا أو خمسًا ممَّا فرضَ اللهُ -عزَّ وجلَّ- فيتعلَّمُهنَّ ويُعلِّمُهنَّ ، إلا دخلَ الجنةَ.

Teks Bahasa Melayu

Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah, lalu dia belajar dan mengajarkannya melainkan dia akan memasuki syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis no. 3574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ما من رجل تعلم كلمتين أو ‌ثلاثا ‌أو ‌أربعا أو خمسا مما فرض الله -عز وجل- فيتعلمهن ويعلمهن إلا دخل الجنة)). [حل، ((الضعيفة)) (٦٨٠٤)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang lelaki yang belajar dua atau tiga atau empat atau lima perkataan yang difardukan oleh Allah, lalu dia belajar dan mengajarkannya melainkan dia akan memasuki syurga. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6804]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.