Tiada seorang hamba yang menunaikan solat

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يصلي ليلة العيد ست ركعات إلا شفع في أهل بيته كلهم قد وجبت لهم النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang hamba yang menunaikan solat pada malam hari raya sebanyak enam rakaat melainkan nanti dia boleh memberikan syafaat kepada ahli rumahnya yang mana ahli rumahnya itu telah ditentukan untuk masuk ke dalam neraka.

STATUS

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل ما من عبد يصلي ليلة العيد ست ركعات إلا شفع في أهل بيته كلهم قد وجبت لهم النار. فيه إسماعيل كذاب.

Di dalam kitab al-Zayl menyebut:
“Tiada seorang hamba yang menunaikan solat pada malam hari raya sebanyak enam rakaat melainkan nanti dia boleh memberikan syafaat kepada ahli rumahnya yang mana ahli rumahnya itu telah ditentukan untuk masuk ke dalam neraka.”
Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ismail. Beliau adalah seorang pendusta dan pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs