Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من عبدٍ يدخلُ الجنةَ ؛ إلا جلس عند رأسِه وعند رجليه ثنتان من الحور العينِ ؛ يغنيانه بأحسن صوتٍ سمعتْه الجنُّ والإنسُ، وليس بمزاميرِ الشيطانِ، ولكن بتحميدِ اللهِ وتقديسِه.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang hamba yang masuk ke dalam syurga melainkan dua bidadari berada di sisi kepalanya dan kedua kakinya, sambil menyanyikan kepadanya dengan suara yang merdu yang pernah didengari oleh jin dan manusia, bukan (bunyi) dari seruling syaitan tapi suara memuji dan mensucikan Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 950, hadis no. 4905. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عن أبي أمامة رضي الله عنه – مرفوعا: ما من عبد يدخل الجنة؛ إلا جلس عند رأسه وعند رجليه ثنتان من الحور العين؛ يغنيانه بأحسن صوت سمعته الجن والإنس، وليس بمزامير الشيطان، ولكن بتحميد الله وتقديسه. [طب، ابن عساكر، البيهقي في البعث، الضعيفة(5028)].
(Sangat Lemah) Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada seorang hamba yang masuk ke dalam syurga melainkan dua bidadari berada di sisi kepalanya dan kedua kakinya, sambil menyanyikan kepadanya dengan suara yang merdu yang pernah didengari oleh jin dan manusia, bukan (bunyi) dari seruling syaitan tapi suara memuji dan mensucikan Allah. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Asakir, Al-Baihaqiy dalam al-Ba’th. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5028].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman