Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tiada seorang hamba yang makan sesuatu makanan yang lebih disukai oleh Allah daripada usaha tangannya

Teks Bahasa Arab

ما أَكَل العبدُ طعامًا أَحَبَّ إلى اللهِ من كَدِّ يَدِهِ، ومن بات كالًّا من عملِهِ بات مغفورًا له.

Teks Bahasa Melayu

Tiada seorang hamba yang makan sesuatu makanan yang lebih disukai oleh Allah daripada hasil usaha tangannya, sesiapa yang tidur dalam keadaan dia makan dan minum dalam keletihan hasil daripada usaha tangannya maka dia tidur dalam keadaan dia diampunkan.

Sahabat Perawi

  1. al-Miqdam bin Ma’di Karib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis no. 3096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن المقدام بن معدي كرب - رضي الله عنه -، قال: رأيت النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم وهو باسط يديه، وهو يقول: ((ما أكل العبد طعاما أحب إلى الله من كد يده، ومن بات كالا من عمله بات مغفورا له)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1794)].

(Munkar) Daripada al-Miqdam bin Ma’di Karib RA dia berkata: Aku melihat Nabi SAW pada suatu hari dan baginda membuka tangannya, baginda bersabda: ((Tiada seorang hamba yang makan sesuatu makanan yang lebih disukai oleh Allah daripada hasil usaha tangannya, sesiapa yang tidur dalam keadaan dia makan dan minum dalam keletihan hasil daripada usaha tangannya maka dia tidur dalam keadaan dia diampunkan.)) [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1794].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.