Tiada seorang hamba pun yang mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah” dalam suatu masa dari malam atau siang hari

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد قال: لا إله إلا الله في ساعة من ليل أو نهار؛ إلا طمست ما في الصحيفة من السيئات؛ حتى تسكن إلى مثلها من الحسنات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang hamba pun yang mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah” dalam suatu masa dari malam atau siang hari melainkan dihapuskan semua dosa yang ada dalam buku catatan amalnya lalu digantikannya dengan catatan amal kebaikan yang seumpama dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis nombor 7691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((ما من عبد قال: لا إله إلا الله في ساعة من ليل أو نهار؛ إلا طمست ما في الصحيفة من السيئات؛ حتى تسكن إلى مثلها من الحسنات.)) [ع، ابن أبي شريح الأنصاري في ((جزء بيبي))، ابن شاهين، ابن البناء في ((فضل التهليل))، (الضعيفة)) (5124)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiada seorang hamba pun yang mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah” dalam suatu masa dari malam atau siang hari melainkan dihapuskan semua dosa yang ada dalam buku catatan amalnya lalu digantikannya dengan catatan amal kebaikan yang seumpama dengannya.))
[Abu Ya’la dalam Musnadnya, Ibn Abi Shuraih al-Ansori dalam Juz' Biba, Ibnu Shahin, dan Ibnu al-Banna dalam Kelebihan Tahlil. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5124].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs