Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ فِي سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ؛ إِلَّا طَمَسَتْ مَا فِي الصَّحِيفَةِ مِنَ السَّيِّئَاتِ؛ حَتَّى تَسْكُنَ إِلَى مِثْلِهَا مِنَ الحَسَنَاتِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang hamba pun yang mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah” dalam suatu masa dari malam atau siang hari melainkan dihapuskan semua dosa yang ada dalam buku catatan amalnya lalu digantikannya dengan catatan amal kebaikan yang seumpama dengannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis no. 7691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiada seorang hamba pun yang mengucapkan: “Tiada Tuhan selain Allah” dalam suatu masa dari malam atau siang hari melainkan dihapuskan semua dosa yang ada dalam buku catatan amalnya lalu digantikannya dengan catatan amal kebaikan yang seumpama dengannya.)) [Abu Ya’la dalam Musnadnya, Ibn Abi Shuraih al-Ansori dalam Juz' Biba, Ibnu Shahin, dan Ibnu al-Banna dalam Kelebihan Tahlil. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5124].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman