Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا حِمَى في الإسلامِ، ولا مُناجَشَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada sempadan dalam Islam, dan tiada juga Munajashah (menaikkan harga barang bersama rakan kongsi supaya dapat dibeli dengan harga mahal oleh pembeli).
Sahabat Perawi
- Ismah bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis no. 4093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عصمة بن مالك الخطمي رضي الله عنه مرفوعاً: لا حمى في الإسلام، ولا مناجشة. [طب، (الضعيفة) (4240)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Ismah bin Malik al-Khutmi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada sempadan dalam Islam, dan tiada juga Munajashah (menaikkan harga barang bersama rakan kongsi supaya dapat dibeli dengan harga mahal oleh pembeli). [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4240]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman