Tiada sebarang ketergelinciran, tidak menggigil sebenang urat, tidak tercalar sebatang ranting

TEKS BAHASA ARAB

ما من عثرة، ولا اختلاج عرق، ولا خدش عود؛ إلا بما قدمت أيديكم، وما يعفو الله أكثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada sebarang ketergelinciran, tidak menggigil sebenang urat, tidak tercalar sebatang ranting; melainkan dengan sebab apa yang dikemukakan oleh tangan-tangan kalian, namun apa yang akan dimaafkan oleh Allah adalah lebih lagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis nombor 9937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من عثرة، ولا اختلاج عرق، ولا خدش عود؛ إلا بما قدمت أيديكم، وما يعفو الله أكثر)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1796)]

(Lemah) Daripada al-Barrā’ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada sebarang ketergelinciran, tidak menggigil sebenang urat, tidak tercalar sebatang ranting; melainkan dengan sebab apa yang dikemukakan oleh tangan-tangan kalian, namun apa yang akan dimaafkan oleh Allah adalah lebih lagi.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1796]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs