Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن عَثرةٍ، وَلا اختِلاجِ عِرقٍ، وَلا خَدشِ عودٍ؛ إلَّا بِما قَدَّمَت أَيديكُم، وَما يَعفو اللهُ أكثرُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada sebarang ketergelinciran, tidak menggigil sebenang urat, tidak tercalar sebatang ranting; melainkan dengan sebab apa yang dikemukakan oleh tangan-tangan kalian, namun apa yang akan dimaafkan oleh Allah adalah lebih lagi.
Sahabat Perawi
- Al-Barra' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1985, hadis no. 9937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من عثرة، ولا اختلاج عرق، ولا خدش عود؛ إلا بما قدمت أيديكم، وما يعفو الله أكثر)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1796)]
(Lemah) Daripada al-Barrā’ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada sebarang ketergelinciran, tidak menggigil sebenang urat, tidak tercalar sebatang ranting; melainkan dengan sebab apa yang dikemukakan oleh tangan-tangan kalian, namun apa yang akan dimaafkan oleh Allah adalah lebih lagi. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1796]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman