Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tiada satu pun hadis sahih tentang solat seminggu dan solat pada malam Jumaat

Teks Bahasa Arab

وَفِيهِ أَيْضًا: لَا يَصِحُّ فِي صَلاةِ الأُسْبُوعِ شَيْءٌ. وَفِي لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ رَكْعَةً بِالإِخْلاصِ عَشْرُ مَرَّاتٍ.

Teks Bahasa Melayu

Dan padanya (kitab al-Mukhtasar) juga, tiada satu pun hadis sahih tentang solat seminggu dan tentang solat pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat dengan (membaca) surah al-Ikhlas sepuluh kali.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 259, hadis no. 463. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل لا أصل له. وكذا عشر ركعات بالإخلاص والمعوذتين مرة مرة: باطل. وكذا ركعتا ((إذا زلزلت)) خمس عشرة مرة، وفي رواية: خمسين مرة. والكل منكر باطل. ويوم الجمعة ركعتان والأربع والثمان والاثنتا عشرة: لا أصل له. وقبل الجمعة أربع ركعات بالإخلاص خمسين مرة، لا أصل له.

Batil, tiada asal baginya. Begitu juga sepuluh rakaat dengan (membaca) surah al-Ikhlas sekali dan al-Maw’izatayn sekali adalah batil. Dan begitu juga dua rakaat dengan membaca Idha Zulzilat (surah Zalzalah) lima belas kali dan dalam satu riwayat lain lima puluh kali dan kesemuanya munkar batil. Dan hari Jumaat dua, empat, lapan, dan dua belas rakaat, tiada asal baginya. Dan sebelum Jumaat empat rakaat dengan surah al-Ikhlas lima puluh kali, tiada asal baginya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.