Tiada satu pokok di syurga melainkan tertulis pada setiap daunnya: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Faruq, dan Uthman Zu al-Nurain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما في الجنة شجرة إلا مكتوب على كل ورقة منها: لا إله إلا الله، محمد رسول الله. أبو بكر الصديق، وعمر الفاروق، وعثمان ذوالنورين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiada satu pokok di syurga melainkan akan tertulis pada setiap daunnya: Tiada Tuhan yang lain layak disembah melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Faruq, dan Uthman Zu al-Nurain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 342, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني عن ابن عباس مرفوعا. قال ابن حبان: موضوع، وكذا قال الذهبي.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban berkata: Palsu. Begitu juga disebutkan oleh al-Zahabi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs