TEKS BAHASA ARAB
ما من ليلة إلا ينادي مناد يا أهل القبور من تغبطون فيقولون أهل المساجد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada satu malam melainkan akan ada nada suara yang menyeru: Wahai ahli kubur siapakah yang kalian cemburu? Mereka berkata: Orang yang sentiasa melazimi masjid.
STATUS
Tidak dijumpai asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يوجد.
Hadith ini tidak dijumpai asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.