Tiada satu ibadat kepada Allah yang lebih baik daripada mendalami ilmu agama

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما عبد الله بشيء أفضل من فقه في دين، ولفقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد، ولكل شيء عماد، وعماد هذا الدين الفقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiada satu ibadat kepada Allah yang lebih baik daripada mendalami ilmu agama. Seseorang yang faham agama lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang ahli ibadah. Setiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang bagi agama ini adalah fiqh (kefahaman mendalam tentang agama).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 285, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: ضعيف. وفي المقاصد: لفقيه واحد اشد عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ. أسانيده ضعيفة، لكن يتقوى بعضها ببعض.

Al-Firuzabadi berkata: hadith ini dhaif. Al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid: seorang yang faham agama lebih ditakuti oleh syaitan daripada 1000 abid (para pengibadah). Sanad-sanadnya dhaif tetapi semuanya menguatkan antara satu sama lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs