Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَا عُبد اللَّهُ بِشَيْءٍ أَفْضَلَ مِنْ فِقْهٍ فِي دَيْنٍ، ولَفقيه وَاحِدٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ ألف عابد، ولكل شَيْءٍ عِمَادٌ، وَعِمَادُ هَذَا الدِّينِ الْفِقْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Tiada satu ibadat kepada Allah yang lebih baik daripada mendalami ilmu agama. Seseorang yang faham agama lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang ahli ibadah. Setiap sesuatu itu ada tiangnya dan tiang bagi agama ini adalah fiqh (kefahaman mendalam tentang agama).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 285, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المختصر: ضعيف. وفي المقاصد: لفقيه واحد اشد عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ. أسانيده ضعيفة، لكن يتقوى بعضها ببعض.
Al-Firuzabadi berkata: hadith ini dhaif. Al-Sakhawi berkata dalam al-Maqasid: seorang yang faham agama lebih ditakuti oleh syaitan daripada 1000 abid (para pengibadah). Sanad-sanadnya daif tetapi semuanya menguatkan antara satu sama lain.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman