Tiada satu hari pun yang dilalui oleh anak Adam melainkan mereka diseru pada hari itu

TEKS BAHASA ARAB

ليس من يوم يأتي على ابن آدم إلا ينادي فيه: يا ابن آدم! أنا خلق جديد، وأنا فيما تعمل عليك غدا شهيد، فاعمل في خيرا أشهد لك به غدا؛ فإني لو قد مضيت لم ترني أبدا. قال: ويقول الليل مثل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada satu hari pun yang dilalui oleh anak Adam melainkan mereka diseru pada hari itu: Wahai anak Adam! Aku ialah makhluk Allah yang baru dan aku akan menjadi saksi akan apa yang kamu lakukan esok. Maka lakukanlah amal kebaikan yang dengannya aku boleh menjadi saksi untuk kamu esok, kerana jika aku telah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan perkara yang sama (apabila tiba waktu malam).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معقل بن يسار -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس من يومٍ يأتي على ابنِ آدمَ إلا ينادي فيه: يا ابنَ آدمَ! أنا خلقٌ جديدٌ، وأنا فيما تعملُ عليك غدًا شهيدٌ، فاعمل فيَّ خيرًا أشهدُ لك به غدًا؛ فإني لو قد مضيتُ لم ترني أبدًا. قال: ويقول الليلُ مثلَ ذلك.
[حل، ابن سمعون في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (5649)]

(Palsu)
Daripada Ma’qil bin Yasar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada satu hari pun yang dilalui oleh anak Adam melainkan mereka diseru pada hari itu: Wahai anak Adam! Aku ialah makhluk Allah yang baru dan aku akan menjadi saksi akan apa yang kamu lakukan esok. Maka lakukanlah amal kebaikan yang dengannya aku boleh menjadi saksi untuk kamu esok, kerana jika aku telah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan perkara yang sama (apabila tiba waktu malam).
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah dan Ibn Sam'un dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5649]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs