Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس من يومٍ يأتي على ابنِ آدمَ إلا ينادي فيه: يا ابنَ آدمَ! أنا خلقٌ جديدٌ، وأنا فيما تعملُ عليك غدًا شهيدٌ، فاعمل فيَّ خيرًا أشهدُ لك به غدًا؛ فإني لو قد مضيتُ لم ترني أبدًا. قال: ويقول الليلُ مثلَ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Tiada satu hari pun yang dilalui oleh anak Adam melainkan mereka diseru pada hari itu: Wahai anak Adam! Aku ialah makhluk Allah yang baru dan aku akan menjadi saksi akan apa yang kamu lakukan esok. Maka lakukanlah amal kebaikan yang dengannya aku boleh menjadi saksi untuk kamu esok, kerana jika aku telah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan perkara yang sama (apabila tiba waktu malam).
Sahabat Perawi
- Ma’qil bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis no. 10307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ma’qil bin Yasar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada satu hari pun yang dilalui oleh anak Adam melainkan mereka diseru pada hari itu: Wahai anak Adam! Aku ialah makhluk Allah yang baru dan aku akan menjadi saksi akan apa yang kamu lakukan esok. Maka lakukanlah amal kebaikan yang dengannya aku boleh menjadi saksi untuk kamu esok, kerana jika aku telah berlalu, kamu tidak akan melihatku lagi selamanya. Dan waktu malam juga mengatakan perkara yang sama (apabila tiba waktu malam). [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah dan Ibn Sam'un dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5649]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman