Tiada rumah melainkan ada satu malaikat berdiri di pintunya lima kali

TEKS BAHASA ARAB

ما من بيت إلا وملك يقف على بابه خمس مرات، فإذا وجد الإنسان قد نفد أكله، وانقطع أجله، ألقى عليه غم الموت، فغشيته كربته، وغمرته سكرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada rumah melainkan ada satu malaikat berdiri di pintunya lima kali, maka apabila dia dapati manusia tersebut telah habis makannya dan telah putus ajalnya, dia pun mencampakkan kepadanya sedihnya kematian lalu diselubungkannya kesedihannya dan kerisauannya sakaratnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 237, hadis nombor 437. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الصغاني: وأول هذه الودعانيات: كأن الموت فيها على غيرنا قد كتب. وقد ذكرناه مع غيره من موضوعات الشهاب. وآخرها: ما من بيت إلا وملك يقف على بابه خمس مرات، فإذا وجد الإنسان قد نفد أكله، وانقطع أجله، ألقى عليه غم الموت، فغشيته كربته، وغمرته سكرته.

Al-Saghani berkata: Dan yang pertama daripada kitab al-Wad’aniyat ini ialah: “Umpama kematian padanya atas selain kita”. Ia telah ditulis dan telah kami sebutkannya bersama hadis-hadis palsu yang lain dalam kitab al-Shihab dan dipenghujungnya: Tiada rumah melainkan ada satu malaikat berdiri di pintunya lima kali, maka apabila dia dapati manusia tersebut telah habis makannya dan telah putus ajalnya, dia pun mencampakkan kepadanya sedihnya kematian lalu diselubungkannya kesedihannya dan kerisauannya sakaratnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs