Tiada perkara yang lebih besar ujiannya berbanding syirik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لن يبتلى عبد بشيء أشد عليه من الشرك بالله، ولن يبتلى عبد بشيء بعد الشرك بالله أشد عليه من ذهاب بصره، ولن يبتلى عبد بذهاب بصره؛ فيصبر؛ إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang hamba itu diuji dengan (ujian yang) lebih dahsyat berbanding syirik kepada Allah, dan tidak lah seseorang hamba itu diuji (dengan ujian yang) lebih dahsyat selepas syirik kepada Allah daripada (ujian) kehilangan penglihatannya, dan tidaklah seseorang hamba itu diuji dengan kehilangan penglihatannya lalu dia bersabar; melainkan dosanya akan diampunkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 482, hadis nombor 2591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن بريدة عن أبيه –رضي الله عنه- مرفوعا: ((لن يبتلى عبد بشيء أشد عليه من الشرك بالله، ولن يبتلى عبد بشيء بعد الشرك بالله أشد عليه من ذهاب بصره، ولن يبتلى عبد بذهاب بصره؛ فيصبر؛ إلا غفر له)). [البزار، ((الضعيفة)) (4346)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Buraidah dari bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidaklah seseorang hamba itu diuji dengan (ujian yang) lebih dahsyat berbanding syirik kepada Allah, dan tidak lah seseorang hamba itu diuji (dengan ujian yang) lebih dahsyat selepas syirik kepada Allah daripada (ujian) kehilangan penglihatannya, dan tidaklah seseorang hamba itu diuji dengan kehilangan penglihatannya lalu dia bersabar; melainkan dosanya akan diampunkan.
[Riwayat al-Bazzar, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.