Tiada penguasa dalam kalangan penguasa orang Islam kecuali akan ada dua malaikat menunjukkan jalan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من قاض من قضاة المسلمين إلا معه ملكان يسددانه إلى الحق ما لم يرد غيره، فإذا أراد غيره وجار متعمدا تبرأ منه الملكان ووكلاه إلى نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada penguasa dalam kalangan penguasa orang Islam kecuali akan ada dua malaikat menunjukkan jalan kepadanya kepada yang benar selagi dia tidak mahukan yang sebaliknya. Sekiranya dia mahukan yang sebaliknya dan melakukan kezaliman secara sengaja, maka dua malaikat tadi akan berlepas diri mewakilkannya kepada dirinya sendiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835, hadis nombor 4279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من قاض من قضاة المسلمين إلا معه ملكان يسددانه إلى الحق ما لم يرد غيره، فإذا أراد غيره وجار متعمدا تبرأ منه الملكان ووكلاه إلى نفسه)).
[طب، ((الضعيفة)) (2616)]

(Palsu) Daripada ‘Imrān bin Ḥuṣain RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada penguasa dalam kalangan penguasa orang Islam kecuali akan ada dua malaikat menunjukkan jalan kepadanya kepada yang benar selagi dia tidak mahukan yang sebaliknya. Sekiranya dia mahukan yang sebaliknya dan melakukan kezaliman secara sengaja, maka dua malaikat tadi akan berlepas diri mewakilkannya kepada dirinya sendiri.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2616]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.