Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن مُعمَّرٍ يعمَّرُ في الإسلامِ أربَعينَ سنةً؛ إلَّا صرفَ اللَّهُ عنهُ ثلاثَةَ أنواعٍ منَ البلاءِ: الجنونُ، والجُذامُ والبرَصُ. فإذا بلَغَ خَمسينَ سنَةً؛ ليَّنَ اللَّهُ علَيهِ الحسابَ، فإذا بلغَ ستِّينَ رزقَهُ اللَّهُ الإنابةَ إليهِ بما يحبُّ، فإذا بلَغَ سَبعينَ سنَةً؛ أحبَّهُ اللَّهُ وأحبَّهُ أَهْلُ السَّماءِ، فإذا بلَغَ الثَّمانينَ قبِلَ اللَّهُ حَسَناتِهِ وتجاوزَ عن سيِّئاتِهِ، فإذا بلغَ تسعينَ غفرَ اللَّهُ لهُ ما تقدَّمَ من ذنبِهِ، وما تأخَّرَ وسُمِّيَ أسيرَ اللَّهِ في أرضِهِ وشُفِّعَ لأَهْلِ بيتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada orang yang dipanjangkan umur selama 40 tahun dalam Islam melainkan Allah akan jauhkan dia daripada tiga penyakit: Gila, kusta dan sopak. Apabila dia mencapai umur 50 tahun, Allah akan mempermudah hisabnya. Apabila dia mencapai umur 60 tahun, Allah akan memberikan rezeki kepadanya untuk bertaubat. Apabila dia mencapai umur 70 tahun, Allah dan penduduk langit akan mencintainya. Apabila umurnya mencapai 80 tahun, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan keburukannya. Apabila dia mencapai umur 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu dan akan datang. Dia menggelarkannya sebagai tawanan Allah di atas muka bumi dan boleh memberi syafaat kepada ahli keluarganya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis no. 9615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: ما من معمر يعمر في الإسلام أَرْبَعِينَ سنة؛ إلا صرف اَللَّه عنه ثلاثة أنواع من البلاء: الجنون، وَالْجُذَام، والبرص. فإذا بلغ خمسين سنة؛ لين الله عليه الحساب. فإذا بلغ ستين، رزقه اَللَّه الإنابة إليه بما يحب. فإذا بلغ سبعين سنة؛ أحبه الله وأحبه أهل السماء. فإذا بلغ الثمانين، قبل اَللَّه حسناته وتجاوز عن سَيِّئَاته. فإذا بلغ تسعين، غفر الله لَهُ ما تَقَدَّمَ من ذَنْبه وما تَأَخَّرَ، وسمّي أسير الله في أرضه، وشفع لأهل بيته. [حم، ابن الجوزي، البزار، ع، ((الضعيفة)) (5984)]
(Munkar) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada orang yang dipanjangkan umur selama 40 tahun dalam Islam melainkan Allah akan jauhkan dia daripada tiga penyakit: Gila, kusta dan sopak. Apabila dia mencapai umur 50 tahun, Allah akan mempermudah hisabnya. Apabila dia mencapai umur 60 tahun, Allah akan memberikan rezeki kepadanya untuk bertaubat. Apabila dia mencapai umur 70 tahun, Allah dan penduduk langit akan mencintainya. Apabila umurnya mencapai 80 tahun, Allah akan menerima kebaikannya dan melepaskan keburukannya. Apabila dia mencapai umur 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu dan akan datang. Dia menggelarkannya sebagai tawanan Allah di atas muka bumi dan boleh memberi syafaat kepada ahli keluarganya. [Riwayat Ahmad bin Hanbal, Ibn al-Jauzi, al-Bazzar dan Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5984]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman