Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما صحبَ المرسلينَ أجمعينَ، ولا صاحبَ ( يس ) – يعني: نفسَهُ - أفضَلُ من أبي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada orang yang bersahabat dengan para Rasul, mahupun pemilik (Yasin) iaitu diri Baginda sendiri yang lebih baik daripada Abu Bakar al-Siddiq.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1914, hadis no. 9614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول اللهﷺ: ما صَحِبَ المرسلين أجمعينَ، ولا صاحَبَ (يَس) - يعني: نَفْسَهُ - أفضلُ مِنْ أبي بكر الصديق. [الأصبهاني في ((المحجة)) ((الضعيفة)) (5562)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada orang yang bersahabat dengan para Rasul, mahupun pemilik (Yasin) iaitu diri Baginda sendiri yang lebih baik daripada Abu Bakar al-Siddiq. [Riwayat al-Asbahani dalam al-Mahajjah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5562]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman