Tiada mana-mana muslim yang melihat kepada seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم ينظر إلى امرأة أول نظرة ثم يغض بصره إلا أحدث الله له عبادة يجد حلاوتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada mana-mana muslim yang melihat kepada seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan Allah akan mengadakan baginya satu ibadah yang dia akan mendapat kemanisannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من مسلم ينظر إلى امرأة أول نظرة ثم يغض بصره إلا أحدث الله له عبادة يجد حلاوتها)).
[حم، الروياني، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (1064)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada mana-mana muslim yang melihat kepada seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan Allah akan mengadakan baginya satu ibadah yang dia akan mendapat kemanisannya.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Rūyānī dalam al-Musnad, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.