Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من مسلمٍ ينظرُ إلى امرأةٍ أولَ نَظْرةٍ ثم يَغُضُّ بصرَه إلا أَحْدَثَ اللهُ له عبادةً يَجِدُ حلاوتَها.
Teks Bahasa Melayu
Tiada mana-mana muslim yang melihat kepada seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan Allah akan mengadakan baginya satu ibadah yang dia akan mendapat kemanisannya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis no. 9890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من مسلم ينظر إلى امرأة أول نظرة ثم يغض بصره إلا أحدث الله له عبادة يجد حلاوتها)). [حم، الروياني، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (1064)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Umāmah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada mana-mana muslim yang melihat kepada seorang wanita pada pandangan pertama, kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan Allah akan mengadakan baginya satu ibadah yang dia akan mendapat kemanisannya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Rūyānī dalam al-Musnad, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1064]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman