Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiada mahar yang diberikan kurang dari sepuluh dirham

Teks Bahasa Arab

لا مهرَ أقلُّ من عشرةِ دراهمٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tiada mahar yang diberikan kurang dari sepuluh dirham.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«وَلا مَهْرَ أَقَلَّ مِنْ عَشْرِ دَرَاهِم» عَن جَابر رَفعه سَنَده واه وَفِيه مُبشر بن عبيد كَذَّاب، وَعَن عَليّ مَوْقُوفا بِوَجْهَيْنِ ضعيفين وَحكى أَحْمد عَن ابْن عُيَيْنَة لم نجد لَهُ أصلا ويعارضه حَدِيث «التمس وَلَو خَاتمًا من حَدِيد» وَنَحْوه.

“Tiada mahar yang diberikan kurang daripada sepuluh dirham.” ia diriwayatkan daripada Jabir secara marfu’. Sanadnya terlalu lemah dan dalam sanadnya terdapat Mubassyir Bin’ Ubaid. Beliau adalah seorang pendusta. Riwayat daripada Ali diriwayatkan secara mauquf dengan dua jalur yang daif. Imam Ahmad menceritakan daripada Ibn ‘Uyainah: Kami tidak menjumpai asal bagi hadith ini dan ia bercanggah dengan hadith: “Carilah (mahar) walaupun dengan cincin yang diperbuat dari besi.”

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.