Tiada kewajipan agama kepada orang tidak berakal

TEKS BAHASA ARAB

دين المرء عقله، ومن لا عقل له لا دين له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Agama seseorang itu bergantung (kepada kewarasan) akalnya, dan barangsiapa yang tidak mempunyai akal (yang waras), maka tiada (tuntutan) agama baginya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis nombor 2539. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((دين المرء عقله، ومن لا عقل له لا دين له)). [فر، ((الضعيفة)) (3606)]

(Batil)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Agama seseorang itu bergantung (kepada kewarasan) akalnya, dan barangsiapa yang tidak mempunyai akal (yang waras), maka tiada (tuntutan) agama baginya.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3606]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs