Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tiada kewajipan agama kepada orang tidak berakal

Teks Bahasa Arab

دِينُ المَرءِ عقلُه، ومَن لا عقلَ له لا دِينَ له.

Teks Bahasa Melayu

Agama seseorang itu bergantung (kepada kewarasan) akalnya, dan barangsiapa yang tidak mempunyai akal (yang waras), maka tiada (tuntutan) agama baginya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis no. 2539.

(باطل) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((دين المرء عقله، ومن لا عقل له لا دين له)). [فر، ((الضعيفة)) (3606)]

(Batil) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Agama seseorang itu bergantung (kepada kewarasan) akalnya, dan barangsiapa yang tidak mempunyai akal (yang waras), maka tiada (tuntutan) agama baginya. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3606]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.